GEMPAR!! Gadis Cina Bongkar 90% Kedai Handphone Bangsa Cina Penipu...



Susulan dari kejadian lelaki warga asing dibelasah peniaga Cina di The Mines, Serdang semalam, seorang lelaki gadis cina, Stephanie Tan, tampil mendedahkan peniaga telko Cina seringkali menipu pelanggan. 

Stephanie, bekas pekerja kedai telefon itu berkata, hampir 90% kedai telefon yang dimiliki oleh Cina menipu pelanggan mereka.

"I must say 90% kedai handset dimiliki oleh Cina memang penipu. I sendiri kerja di kedai handset dan saya tahu taktik bos I untuk menipu customer.

"I pun tak faham, kenapa perlu tipu? Nak untung tapi cari duit yang tak halal buat apa? I sedih kaum Cina saya sendiri buat macam tu," katanya dengan nada yang kesal dengan tindakan majikannya yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataannya itu mendapat 215 likes di Facebook pada ketika berita ini ditulis.

"I give you all some tips. Next time if nak beli fon (hanphone) Lenovo, nak tahu dia original atau tidak, tengok pada kotaknya. If just putih kosong tulis Lenovo and what model, itu 'AP'. Original Lenovo, kotak dia ada gambar handset sekali. iPhone pula jgan beli AP set kat kedai. Kebanyakannya dah mati expired dengan Apple Store. That's why warranty kedai," dedahnya.

Tindakan gadis itu mendapat tentangan dari beberapa individu yang juga bertugas di bidang yang sama. Mereka menyelar tindakan Stephanie berbohong dan memintanya mengemukakan bukti yang mendakwa 90% kedai jual telefon bimbit yang dimiliki Cina itu menipu para pelanggan mereka.

Bagaimanapun, Stephanie meminta individu terbabit membuktikan kepadanya terlebih dahulu 90% kedai jual handset milik Cina tidak menipu selain dari mendakwa dia tidak gentar mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

"I don't give a f*ck if no one like me. At least I didn't lie to myself and other people," tegasnya yang juga mendedahkan Low Yat bukan tempat yang selamat untuk melabur duit membeli telefon bimbit berikutan sudah banyak aduan dari orang ramai.


Kes penipuan penjualan telefon bimbit sudah kerap berlaku dan ramai yang telah menjadi mangsa kepada para peniaga yang tamak ini. Meskipun telah banyak aduan yang dilaporkan, hanya sebilangan kecil saja yang telah dikenakan tindakan. Selebihnya, masih meneruskan operasi seperti biasa kerana para peniaga ini mempunyai 'cable' mereka sendiri.

Namun, bagi kami perkara ini mudah diselesaikan dengan satu cara dan gaya sahaja. Belilah smartphone dari wakil-wakil jualan lantikan sah dari pengeluar smartphone itu sendiri. Biarlah mahal sekali pun, yang penting anda berpuas hati dengan produk yang asli dan yang penting, tiada masalah sampingan. 



Jika cara dan gaya di atas itu membebankan, ukurlah baju di badan anda sendiri sekali lagi.


sumber asal


Kisah Benar : PIHAK HOSPITAL IKAT PERANAKAN SAYA TANPA PERSETUJUAN TERLEBIH DAHULU



%^Nota editor : kisah ini ditulis dilama facebook milik Abah Farish . Semoga semua mengambil langkah berhati-hati agar tidak berlaku kepada yang lain .
Pada beberapa hari lepas wife saya telah selamat melahirkan cahaya mata pengarang jantung hati saya yang kedua di hospital raja permaisuri bainun di ipoh (ceaser). Sewaktu saya menunggu detik wife saya dari dalam labour room lagi saya tidak berpuas hati kerana sewaktu saya meneman wife saya yang sedang kesakitan untuk melahirkan anak saya turut berjuang bersama (kedengaran seperti melawak) saya terpaksa bertepuk tangan di dalam lobour room tersebut menampar nyamuk yang banyak berterbangan di keliling wife saya. Bagaimana boleh ada banyak nyamuk di dalam bilik lobour room? Sedangkan hospital tersebut bukannya berada berhampiran hutan. Ditambah lagi sakitnya hati saya setelah wife saya melahirkan anak kemudian mereka ditempatkan kedalam wad. Disitu anak kecil saya umur baru beberapa jam telah dirasmikan dengan berekor nyamuk. Seperti nyamuk2 disitu membuat kenduri/berpesta. Sedangkan jabatan kesihatan kerap membuat dan gemar untuk menyaman premis2 luar berkenaan dengan nyamuk/jentitik2 tapi bagaimana di hospital sendiri boleh menternak bukan hanya seekor, puluh ekor mungkin beratus ekor nyamuk kemungkinan disitu. Bila kita mengadu pihak mereka akan tarik muka konon kita hendak menuduh mereka. Bila kita viralkan mereka kata kita membuat2 cerita. Jika xpercaya try la check in di wad berikut. Ini baru hospital raja permaisuri bainun. Setelah wife saya dibenarkan untuk discharge, anak saya pula telah didapati kuning dan kemudiannya dimasukkan ke dalam wad kanak2 hospital kuala kangsar. Disini lain pula ceritanya, setiap masa waktu melawat saya akan tiba dihospital untuk menemani wife saya dan menhantar bekalan agar dia tidak akan merasa kesunyian dan kekurangan manakala anak sulung saya terpaksa saya tinggalkan kepada mertua saya. Pada suatu ketika wife saya mengadu kepada saya mengatakan pedih pada luka ceaser dia. Kemudian dia merasakan seperti ada cairan yang keluar pada luka tersebut. Pada tengah malam wife saya telah menghubungi saya dan memberitahu bahawa pihak hospital telah menyatakan semasa oprate di hospital ipoh untuk kali kedua ini pihak hospital ipoh telah ikat teros peranakan wife saya melalui buku pink wife saya. Saya merasa amat terkejut dan tersentap sedangkan saya dan wife tidak diberitahu sebarang maklumat berkenaan perkara berikut sewaktu di ipoh. Pada keesokan harinya doktor telah double check buku pink tersebut dan menyatakan pihak dia tersalah info bahawa proses ikat peranakan akan dilakukan bagi oprate untuk kali ketiga. Mengapa pihak hospital begitu mudah memberi andaian begitu tanpa memeriksa dengan teliti? Setelah itu saya berasa sungguh marah dan berjumpa dengan doktor tersebut untuk bertanyakan bila wife saya boleh discharge kemudian doktor menjelaskan kepada saya dan saya terima penjelasan doktor tersebut dan terus sabar menunggu. Keesokan harinya wife saya dibenarkan discharge. Pada tengaharinya saya membawa wife saya pulang dan teros lapor kepada klinik terdekat untuk membuat lawatan lanjutan. Kemudian sewaktu diklinik desa nurse tersebut amat terkejut kerana luka pada ceaser wife saya telah terbukak sedikit dan menyatakan keadaan tersebut bahaya dan minta saya membawa wife untuk membuat pemeriksaan di klinik pekan dimanong yang mempunyai doktor. Disana doktor menyatakan tiada ap2 masalah dan hanya diberikan antibiotik sahaja. Kemudian saya menghantar wife saya pulang dan saya terpaksa pulang kerumah saya di port dickson untuk menyelesaikan beberapa perkara. Jarak port dickson ke kuala kangsar bukan satu jarak yang dekat lagi2 hampir menjelang musim perayaan. Minyak bukannya air dengan gst dan harga minyak yang telah meningkat bukan satu perkara yang mudah untuk saya hadapi lagi2 perbelanjaan ulang alik yang telah saya hadapi, ditambahkan lagi gaji untuk bulan akan datang amat perit untuk saya hadapkan. Sewaktu saya dalam perjalanan pulang ke PD wife saya telah menghubungi saya menyatakan dia telah menghubungi ambulans kuala kangsar kerana darah telah keluar pada luka wife saya tanpa henti. Sekarang wife saya telah dimasukkan semula ke wad sedangkan baru beberapa jam tidak sampai suku hari wife saya keluar dari wad dimana doktor mengesahkan tiada ap2 masalah pada wife dan anak saya. Pagi ini saya akan pulang ke kuala kangsar untuk berjumpa dengan pihak berkenaan dengan membawa seribu masalah yang telah wife saya hadapi. Ada satu tahap kita benar2 boleh hilang sabar dengan tindakan mereka yang sambil lewa. Orang kenal kemesraan dan keceriaan kita tapi hanya segelintir orang yang mengenali amarah tersebut. Dengan berkat doa dan nasihat mak saya akan saya pegang bawa berjumpa pihak berkenaan pagi ini. Ap tindakan perlu saya ambil? Itu yang memberikan seribu tanda tanya kepada diri saya sendiri.

‪#‎wadbersalinhospitalrajapermaisuribainun‬
‪#‎hospitalkualakangsar‬



sumber asal


Anda Pasti Tidak Pernah Sangka,Begini Rupanya Teknik Tipu Dari Movie Mat Saleh



1.The Monuments Men



2.The Homesman

3.Brick Mansions
4.300 – Rise of an Empire



  5.Maleficent


6.King Arthur

7.Life of Pi 

8. Prometheus

 9.Rise of the Planet of the Apes



10.The Avengers 



 11.The Chronicles of Narnia




 12.Tron Legacy


 13.Godzilla



14. RoboCop


 15.Elysium



16. The Wolverine




Kata-Kata BERANI Sultan Brunei Kepada Media Barat Yang MENGEJUTKAN Dunia!


"DALAM negara-negara kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan lain-lain. Ianya di dalam Perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu.

“Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, Islamik, sistem Monarki dan kami akan mula mengamalkan Undang-undang Islam, Undang-undang Syariah. Islam berada di dalam Perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami.

“Kami mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan dalam undang-undang dan sistem keadilan kamu dan kamu mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan pada kami pula, akan tetapi ini adalah Negara kami.

“Seperti mana kamu mengamalkan hak kamu untuk Gay dan lain-lain. Kamu lakukannya untuk dunia ini yang kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi Muslim untuk dunia ini dan dunia selepasnya. Ini adalah Negara Islam yang mengamalkan Undang-undang Islam.

“Mengapa tidak kamu risaukan anak-anak kamu yang ditembak di sekolah-sekolah kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan orang-orang yang tertuduh, kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunuh diri dan pengguguran yang tinggi dan apa-apa yang patut dirisaukan DI SANA. Banyak agama yang menentang Homoseksualiti, ianya bukan sesuatu yang baru.

“Saat kamu mendengar bahawa Islam dan Muslim membuat pendirian dan meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kamu memboikot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam. Sekali lagi, pergilah kepada kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya beritahu sebelum ini.

“Tidak salahkah membenarkan senjata-senjata membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pada AIDS dan kerencatan pada generasi baru?

“Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi di sini, di dalam negara Islam sedang kamu tidak pun membuka mata tentang apa yang berlaku di Syria, Bosnia, Rohingnya, Palestin dan lain-lain. Ribuan terbunuh di sana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang pun yang terbunuh di sini di bawah Undang-undang Syariah dan kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan aman.

“Hukuman mungkin sedikit keras, tidak bermakna ianya mudah untuk dilaksanakan. Di sana ada proses-proses yang perlu dijalani sebelum boleh disabit bersalah. Kami baik-baik saja dengannya, malah gembira.”


OLEH | Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien | SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Kisah Benar Taubat Dari Seorang Remaja Perempuan Kaki Kelab Malam


^%Memang jarang dapat bertemu seorang gadis berkelulusan peringkat ijazah dari universiti tempatan, memilih kerja sebagai pengawal keselamatan.


Pekerjaan yang kerap dipandang rendah olah masyarakat itu, bukan saja tidak setaraf dengan kelulusan yang dimiliki bahkan seakan tidak sesuai dengan fizikal wanitanya yang kecil molek.


Peluang berkongsi cerita dengan Diana, 26, (bukan nama sebenar) bukan mudah kerana gadis ini awalnya memilih untuk menyimpan segala cerita peribadi tentang dirinya.


Namun setelah dipujuk dan diyakini kisah ini bukan untuk membuka aib sesiapa, dia akhirnya bersetuju.


Kata gadis berkulit cerah ini, kisah hitam dirinya bermula dari zaman universiti, selepas mula mengenal pusat hiburan dan kelab malam.


“Saya memang anak jati Kuala Lumpur, lahir dan dibesarkan di ibu kota ini. Kehidupan keluarga saya memang sederhana, kami tinggal di rumah pangsa yang terletak betul-betul di tengah bandar.


“Sejak memasuki universiti saya dapat rasakan kehidupan saya begitu bebas, umpama burung yang terlepas dari sangkar. Saya rasakan seolah dunia ini saya yang punya.


“Walau seronok ke kuliah bertemu rakan-rakan baru, dunia kelab malam lebih mengujakan saya,” katanya memulakan bicara.


Bagi Diana, seakan satu rutin yang tidak lengkap jika sekali dalam seminggu tidak mengunjungi tempat-tempat hiburan tersebut.


Namakan apa sahaja kelab di sekitar Lembah Klang yang terkenal, semuanya pernah dikunjunginya.


Rutin tersebut menjadi-jadi setiap hari Rabu malam Khamis kerana Ladies Night, iaitu pada malam tersebut wanita tidak perlu mengeluarkan sebarang belanja untuk makan dan minum kerana kosnya dibiayai lelaki.


Sesuai sangatlah untuk pelajar sepertinya yang belum memiliki sebarang pendapatan selain bantuan pinjaman pelajaran.


“Daripada seminggu sekali menjadi dua kali seminggu saya, ada kalanya hampir setiap malam. Memang rasa tidak lengkap hidup jika tidak ke kelab malam. Mulanya hanya minum air berkarbonat kemudian sedikit demi sedikit belajar minum arak.


“Asalnya saya diperdaya tetapi apabila berasakan nikmatnya, saya mula sedap meneguk air haram tersebut. Langsung tiada rasa bersalah, malah makin teruja menikmatinya dengan iringan muzik dan tarian yang melalaikan,” cerita Diana dengan nada tersekat-sekat.


Bertemu kekasih


Selepas hampir setahun bergelumang dengan aktiviti kelab, Diana akhirnya dipertemukan dengan seorang lelaki yang dikatakan mengambil berat tentang dirinya.


Perkenalan Diana dan Hafiq (bukan nama sebenar) diatur oleh seorang rakan.


“Saya seronok berkenalan dengan Hafiq. Sejak berkenalan dengan dia yang boleh dikategorikan berada, saya makin dimanjakan, hidup saya juga makin mewah dengan barangan yang berjenama dan mahal.


“Pernah rakan sebilik bertanya aktiviti saya, namun bagi saya rakan sebegitu hanya mahu menjaga tepi kain orang sahaja. Walau sibuk dengan teman baru, saya tidak pernah diabaikan pelajaran. Segala tugasan mampu disiapkan dan keputusan peperiksaan juga boleh dikatakan baik.


“Apapun, aktiviti luar tetap berterusan. Biasanya, setiap kali habis kuliah, Hafiq sudah menunggu saya di luar kawasan universiti dengan kereta mewahnya. Memang saya bangga apabila ada kawan-kawan yang memandang,” akuinya.


Namun kegembiraan tersebut tidak lama, apabila Hafiq ditakdirkan menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya yang tragis.


Diana yang sukar menerima hakikat, semakin ligat bertunggu-tangga di kelab malam atas alasan untuk mengubati kesedihan dan kerinduan terhadap Hafiq.



Bertaubat


“Entah kenapa saya jadi begitu, langsung tidak terfikir untuk bersolat atau bertaubat selepas teman lelaki meninggal dunia. Saya semakin hanyut, lelaki silih berganti dalam hidup saya.


“Tidak perlulah saya bercerita pada kakak apa aktiviti saya secara terperinci, cukuplah saya katakan di sini bahawa kehidupan di kelab malam memang menghancurkan,” ujarnya dalam nada lebih serius.


Dalam pada itu, Diana mengakui ibunya merupakan insan paling sedih dengan keadaan dirinya yang semakin tidak tentu hala.


Dia tahu setiap hari ibunya berdoa agar dirinya berubah dan kembali ke pangkal jalan.


Mujurlah, segala yang berlaku tidak membuatkan Diana terkandas dalam pelajaran dan akhirnya memperoleh segulung ijazah.


“Satu petang saya mendengar azan Maghrib yang sayup di balkoni kediaman ibu saya. Ketika itu hati berasa begitu sayu dan malu kepada Allah. Saya menitiskan air mata tanpa henti. Tangisan saya jadi makin kuat dan akhirnya ditenteramkan ibu.


“Alhamdulillah pelbagai peristiwa terjadi dan membuatkan saya jatuh terduduk, namun ibu bapa saya tetap menerima saya dan masih mahu membimbing saya ke jalan yang benar.


“Kenapa saya tidak mahu bekerja mengikut kelayakan saya kerana bagi saya biarlah saya bertugas dekat


dengan kediaman ibu bapa saya yang sudah tua, saya mahu menabur bakti kepada mereka dan pada masa yang sama kepada masyarakat juga.


Biarlah, walau saya memiliki ijazah


seka kalau inilah pekerjaan yang boleh membuatkan saya tenang, saya reda,” katanya yang memilih pekerjaan tersebut kerana mahu mengenal erti kepayahan, menguji kesabaran di samping membentuk disiplin diri.


Hampir tiga bulan bekerja, Diana berjaya dinaikkan pangkat dan kini dia bukan sahaja bahagia dengan kerjayanya, malah bakal menamatkan zaman bujang bersama jodoh pilihan ibunya yang berstatus seorang ustaz.


Sumber: Utusan Malaysia


Cara Paling Senang Untuk Dapat CGPA 3.5 Ke Atas Setiap Semester Yang Ramai Pelajar Masih Tidak Tahu!!

sekadar gambar hiasan semata-mata


Bagi setiap pelajar, tidak kira sama ada pelajar maktab, matrikulasi, kolej mahupun universiti, sudah pasti mahu mendapatkan CGPA (Purata Nilai Gred Akademik) 3.5 ke atas..Tambahan pula, jika kursus atau subjek yang di ambil adalah sukar, sudah tentu ia akan menjadi masalah..Jadi, kalau anda mahukan sedikit tips, meh usha kat bawah ni..



Tidak ada rahsia besar yang perlu dibanggakan. Bahkan tidak perlu sama sekali untuk memberikan tumpuan sepenuh masa hanya untuk menatap buku dan berada di perpustakaan sepanjang hari untuk mendapat keputusan yang baik. 

Kehidupan sebagai pelajar dikecapi dengan sepenuhnya dengan berbagai aktiviti bersama kawan-kawan dari mula mengaji sehinggalah tamat pengajian. Pelajar semua boleh mendapatkan keputusan yang sama jika mengamalkan petua mudah yang seperti di bawah:

  • Jangan sesekali ponteng kelas - Jangan sesekali ponteng kelas walaupun satu subjek sepanjang pengajian dari mula sampai habis. Ini banyak membantu kita mempamerkan keseriusan pada pensyarah dan mereka biasanya sentiasa suka menolong pelajar yang serius nak belajar.
  • Pergi awal sebelum kelas bermula - Sentiasa berada di bangunan di mana kelas akan diadakan sekurangnya 15 minit awal. Pastikan persiapan anda untuk belajar lengkap segalanya bermula dari buku, kertas untuk menyalin nota dan alat-alat tulis.
  • Memberikan tumpuan pada pelajaran sampai faham - Tumpu pada pelajaran yang diajar dan setiap kali tak faham, angkat tangan bertanya sampai faham. Selagi tak faham, angkat tangan dan jika pensyarah ajar laju-laju, bangun dan tegur pensyarah agar mengajar dengan rentak perlahan dan minta untuk ulang semula. Biasanya pensyarah akan ulang semula dan jika perlu dia akan datang ke meja untuk mengajar saya.
  • Ajar sekurang-kurangnya pada 3 orang kawan sekelas - Sebenarnya ramai pelajar yang tak faham langsung apa yang diajar oleh pensyarah tetapi mereka diamkan diri berpura-pura faham. Saya tahu situasi itu dan biasanya saya akan terangkan pada mereka yang tak faham tadi terutamanya kawan rapat sampai mereka faham sebelum balik. Selagi mereka tak faham saya akan terangkan dan tidak akan balik selagi mereka tak faham.
  • Jemput kawan ke bilik jika masih tak faham - Bila balik ke bilik, kebanyakkan dari kita akan jarang mengulang kaji. Apa yang boleh di buat adalah ajak rakan-rakan yang nak ulangkaji datang ke bilik dan belajar di situ. Sambil membaca, mereka belajar dan jika tak faham, cuba fahamkan diri anda dahulu dan kemudian ajar mereka pula. 
  • Bersukan setiap petang - Selesai solat asar, kalau boleh, jangan duduk dalam bilik untuk belajar. Itu merupakan masa penting untuk sibukkan diri anda di padang. Sibukkan diri anda dengan bermain tenis, sepak takraw, ping-pong, bola dan apa saja yang orang lain main. Bersukan sampai berpeluh membuatkan diri kita letih dan lebih mudah untuk tidur awal.
  • Bersolat jemaah Maghrib dan Isya' - Ini penting untuk tenangkan jiwa dan mendamaikan hati. Waktu ini digunakan untuk berwirid dan berdoa agar Allah cerahkan hati kita untuk memahami pelajaran. 
  • Tidur awal - Pastikan untuk berehat tidur sebelum pukul 10 malam. Semua kerja rumah atau ulangkaji akan dilakukan selepas waktu Isya' sampai selewatnya pukul 10. Tiada lagi hiburan selepas waktu itu. 
  • Bangun awal dan mulakan semula perjalanan sebagai pelajar dan ulang semula semua yang diatas.
Kalau boleh, jangan sesekali belajar sampai lewat malam sama ada esok nak periksa atau tidak. Pastikan anda sentiasa bersedia untuk menjawab soalan berdasarkan apa yang telah difahami semasa belajar di kelas.

Kalau soalan yang perlu hafalan, jangan suka belajar seorang diri. Cari seorang kawan untuk menjadi orang yang akan memegang buku dan bertanyakan soalan. Jawab soalan yang ditanya sampai betul dan bertukar giliran sampai kedua-dua anda dan kawan anda faham.


Anda juga boleh mendapat keputusan yang bagus dalam pelajaran jika tidak tertekan dan ceria sepanjang masa dengan menjadi seorang pelajar.



Sumber: PendapatAnda

sumber asal