Filled Under:

Najib Tun Razak - Saya tidak ambil hak rakyat


$%Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat,  beliau tidak akan mengambil apa sahaja yang menjadi hak  rakyat.

“Saya sebagai Perdana Menteri sudah tentu tidak akan ambil hak  berhak daripada rakyat,” katanya  sewaktu berucap di Program Nur Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi pada Khamis.

Imej Perdana Menteri terjejas selepas dakwaan dana 1MDB berjumlah RM2.6 bilion telah disalurkan ke akaun peribadinya sebagai dana pilihan raya Barisan Nasional (BN).

Ketika berucap di hadapan lebih 500 tetamu, Najib berkata kebenaran pasti akan muncul juga akhirnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat bersabar menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara  terhadap 1MDB.

“Kalau nak kata duit 1MDB sudah lesap, tunggu dan dengar laporan Ketua Audit Negara, saya tidak mahu buat pengumuman. Kalau tak betul.. apa yang kita mahu buat?” soalnya.

Dalam masa yang sama, Najib menasihatkan rakyat supaya tidak mudah percaya laporan tidak sahih yang disiarkan di laman sosial.

Ini kerana, katanya, tidak semua laporan yang dilaporkan dan didedahkan di laman sosial adalah benar.

“Kalau kita jaga hati rakyat, rakyat akan jaga kita sampai bila-bila. Yang karut marut jangan dengar. Banyak mengarut di dalam sosial media jangan dengar, bukan semuanya benar,” katanya.



sumber asal




0 comments:

Post a Comment