%^Satu ucapan berkisarkan kesengsaraan golongan muda yang disampaikan oleh seorang anak muda di hadapan pemimpin tertinggi negara menjadi trending di media sosial.
Ucapan tersebut yang disampaikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Zahra, 23, yang merupakan graduan ijazah undang-undang mendapat sokongan padu dari rakyat Malaysia yang kagum dengan keberaniannya menyampaikan ucapan sedemikian rupa.
Ucapan yang disampaikan oleh Zahra berkisarkan kesengsaraan anak muda zaman kini yang terpaksa 'survive' untuk hidup di negara sendiri.
Ucapan itu disampaikan di sidang 'Laporan Sosio-ekonomi Melayu: Menuju Negara Berpendapatan Tinggi' yang berlansung pada 17 Jun tahun lepas.
Video ucapan terbabit dimuat naik oleh MTEM pada 7 Julai lalu.
“Belajar tinggi-tinggi, akhirnya mengemis juga,” kata Zahra dalam ucapannya.
“Apabila saya diminta untuk bercakap di pentas ini, di hadapan timbalan perdana menteri, inilah peluang untuk saya suarakan luahan hati generasi saya.
"Saya tahu saya tidak bersendirian kerana ramai kawan-kawan saya turut terseksa,” kata Zahra.
Ucapan tersebut disudahi dengan ayat "Saya Zahra dan sayangkan Malaysia".
Filled Under:
Biodata Zahra Wanita Muda Yang Berani Bersuara Di Hadapan Menteri Menjadi Kini Menjadi Fenomena Di Laman Sosial
Posted By:
Unknown
on 02:33
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment