%^Kagum hati ini melihat ketabahan seorang insan hebat yang memelihara ibu lumpuh dan jugak dua orang kakak dan seorang adiknya yang juga lumpuh.
Dalam kekaguman, terasa juga sayu melihat keluarga ini di mana keadaan ini membuatkan kehidupan mereka agak tersepit kerana memerlukan perbelanjaan yang tinggi di untuk menampung keempat-empat mereka yang lumpuh ini.
Atas hasil usaha sukarelawan-sukarelawan dari Team Gerak Khas Warnaceria mereka telah melawat keluarga itu hari ini 7/7/2015 di Sungai Dua, Pulau Pinang.
Azizah Mohammad,51 wanita yang tabah yang mengharungi kesengsaraan ini dengan menjaga seorang ibu,dua orang kakak dan seorang adik yang lumpuh atau sakit terlantar yang dibantu oleh adik lelaki beliau.Beliau juga belum mendirikan rumah tangga dan menghidap sakit kencing manis.
Zaitun Mohammad,61 lumpuh sejak kecil akibat demam panas sempat sekolah satu atau dua tahun sahaja dan kini menghidap sakit darah tinggi dan asma.
Habesah Mohammad,56 lumpuh sejak lahir akibat demam panas dan kini menghidap sakit darah kurang.Selain itu,Norlia Mohammad,49 menghidap sakit yang sama sejak kecil iaitu lumpuh dan asma.
Manakala,ibu mereka 79 juga lumpuh kesan jatuh ketika dahulu.Selain itu ibunya penyakit lupa dan mata agak kabur, sudah mengjangkau 4 ke 5 tahun.
Mereka mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebulan RM900 dan RM500 dari jabatan zakat Pulau Pinang.
Menurut sukarelawan-sukarelaan yang melawat keluarga ini mereka menyatakan rasa sebak mendengar rintihan dari Azizah.
Kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini bolehlah salurkan ke:
157054646300 (maybank)
AZIZAH MOHAMMAD
Bagi mereka yang ingin melawat keluarga ini boleh berbuat demikian ke No.2511 Kg Teluk,Sungai Dua, Pulau Pinang. 012-4776815
Marilah sama-sama kita menghulurkan bantuan kepada mereka dibulan mulia ini untuk meringankan beban yang ditanggung. Semoga mereka diberi kesihatan yang baik.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi sukarelawan yang menjalankan misi ini Opie atau rujuk page Team Gerak Khas Warnaceria - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment