%^Ternyata GAJI BESAR bukanlah satu kebahagiaan buat mereka yang bergelar 'Doktor'. Tempoh kerja yang tidak menentu dan jadual yang tidak fleksibel menjadi tekanan buat para doktor untuk terus bertahan. Mungkin ramai yang tidak tahu, doktor sebenarnya ada on call, bekerja atas panggilan. Kerja tidak kira waktu.. jika adanya panggilan emergency terpaksalah berpatah balik menjalankan tugas biarpun sehari suntuk di tempat kerja.
Ini contoh penangan on call terhadap doktor-doktor. Gambar sebelum dan selepas on call after 24 hours shift:
Kredit Photo - 9GAG |
Rentetan seorang doktor muda yang maut dalam kemalangan selepas post call (selepas bekerja on call 30-36 jam), yang juga merupakan junior aya di UKM pada petang semalam.
Bukan kali pertama, tahun lepas, seorang rakan seperjuangan sewaktu di HOship turut maut akibat kereta yang dipandu after postcall mengalami kemalangan. Housemate saya juga pernah terbabas melanggar pokok selepas postcall tetapi alhamdulillah, beliau selamat.
Kehilangan mereka ini amat berat bagi ahli keluarga yang menanggung. Malah mereka ini juga antara aset bijak pandai yang menyumbangkan kepada sistem kesihatan negara.
Siapa yang tahu apa On Call, maka ariflah dengan rasa penatnya. Kadangkala, meleleh air mata tanpa sedar dek tak terdaya. Tetapi itu semua orang tak nampak. Pesakit nak tengok kita senyum dan ramah sahaja di depan mereka.
Kalau dulu saya postcall tetapi nak balik kampung, kampung bukan jauh mana, Melaka - Selangor. Tetapi berhenti tidur sampai tiga kali. Mesti ada yang cakap 'Kenapa tak rehat je dulu? Tidur kat rumah dulu,'. Ada yang terpaksa balik juga kerana pelbagai sebab musabab. Nak dijadikan umur masih panjang, walaupun mengantuk dan beberapa kali terlelap, akhirnya dapatlah rehat di RNR.
Walaupun sekarang aku telah bekerja di Health Centre, peritnya pengalaman bekerja melebihi had kemampuan physciology manusia masih kekal terpahat di ingatan (mungkin itu juga antara sebab aku beralih angin). Takkan pernah dapat dilupakan. Belum kira lagi dimarahi sama ada oleh superior ataupun pesakit yang mengjangkakan kita boleh diharap 100%. Padahal kudrat telah mencecah 200%.
Perut acapkali dipaksa berpuasa kerana tuntutan kerja yang tidak menentu. Tidur, apatah lagi. Tunggang terbalik kitaran tidur.
Dah biasa dengar ayat-ayat seperti "pagi semalam doktor kerja, malam tadi pun tengok doktor ada. Pagi ini bangun tidur pun tengok doktor ada juga ambil darah. Doktor tak balik-balik ke?"
Nampak tak? Senario ini sudah diperturunkan dari zaman dulu kala. Malah semua yang bergelar doktor seakan 'wajib' melaluinya. Jika tidak, doktor-doktor muda akan dicemek dan dianggap tidak berdaya tahan. Dan sudah pasti ada 1001 lagi kisah di sebalik tabir yang para doktor lalui.
Jika diungkap satu persatu, pasti ada yang mempertikaikan keikhlasan kita bekerja dan berkata 'Anda yang memilih untuk menjadi doktor'.
Ikhlas itu semua pekerjaan pun kena ikhlas. Namun sesekali suara-suara kecil ini perlu diambil kira sekirannya dapat memberikan perubahan ke arah yang lebih baik. Di peringkat induk, sistem kesihatan sentiasa diupgrade dan dibuat penambahbaikan setiap tahun untuk mencapai KPI yang disasarkan oleh negara.
Macam-macam program dan pelan direka tetapi ia tidak memenuhi kemampuan kehendak bidang ini di luar sana. Mengapa tidak sistem pekerjanya juga dinaiktaraf? Jika graduan perubatan dikatakan sudah melambak, kenapa tiada langsung memberikan apa-apa impak pada bebanan kerja?
Sudah tiba masanya Kementerian mengubah situasi kerja pekerja kesihatan. Pertimbangkanlah hak fitrah akan kebajikan mereka.
p/s: Tidak hairanlah semakin ramai yang meninggalkan kerjaya ini. Mungkin letih dengan sistem kerja, rasa tidak dihargai, tidak dihormati dan kecewa dengan sikap orang awam yang banyak menentang fakta-fakta, memviralkan fitnah, mewujudkan group anti itu, ini selepas dah berkorban seperti yang diceritakan di atas.
Salam takziah buat keluarga Dr Afifah.
In a memory of Dr Kathyrason.
Kredit - Thehypemedia Via AyuZeity Bistari
~ Pengorbanan Seorang Doktor ~ Al-Fatihah
0 comments:
Post a Comment