Filled Under:

Apabila Suspek Menyedari Hakim Merupakan Bekas Rakan Sekelasnya Dan Apa Yang Berlaku Selepas Itu Amatlah Mengejutkan!!


#$%Video ini memaparkan saat yang paling menyentuh emosi apabila suspek kes curi bernama Arthur Booth dan hakim yang mengadili kes beliau Mindy Glazer menyedari mereka berdua merupakan rakan sekelas di sekolah menengah yang sama. Hakim Mindy Glazer yang mengendalikan kes ini tiba-tiba bertanya kepada Arthur adakah dia bersekolah di Sekolah Menengah Natilus?

Arthur tampak terkejut apabila Hakim melontarkan soalan itu kepadanya dan akibat malu dengan perbuatan jenayah  yang dilakukan dia terus menangis sambil mengatakan “Oh Tuhan” beberapa kali. Hakim Mindy Glazer kemudiannya meluahkan rasa simpati terhadap Arthur dan tertanya-tanya mengapa dia boleh terjebak dalam kancah jenayah kerana beliau sangat mengenali Arthur dan mendakwa Arthur merupakan seorang budak yang baik dan cemerlang ketika di sekolah dahulu.

Arthur dijatuhi hukuman denda sebanyak Usd43,000 atas kesalahan mencuri dan merompak. Sebelum menamatkan sesi perbicaraan, Hakim Mindy Glazer sempat berpesan kepada Arthur agar tidak lagi mengulangi kesalahan jenayah yang dilakukannya dan menjalani kehidupan dengan mematuhi undang-undang.

Video yang viral di media sosial ini mendapat sehingga 6 juta tontonan dan rata-rata pengguna youtube memberikan komen positif tentang kisah mereka berdua ini.



sumber asal




0 comments:

Post a Comment